perbezaan puluhan tahun dengan belasan tahun

macam pelik pula tajuk yang tang puluhan tahun. takde la puluhan mana, baru 21 la. tapi kira puluhan la kan? ahh belasah je la.

dulu balik sekolah tibai ke dapur makan then tengok tv, sekarang balik kelas tibai ke bilik then tidur .

dulu kat sekolah kalau ngantuk sangat lentok tidur je atas meja walaupun cikgu kat depan, sekarang kalau ngantuk dalam kelas kena main2 kaki supaya tak tidur. mahu kena lempang nanti

dulu hujung minggu berebut remote control dengan adik, sekarang hujung minggu berebut sofa pebret dengan umi

dulu asal ada ayam aku cekik je, sekarang ayam pun tak nak pandang. ikan yang aku cekik banyak2.

dulu kalau handphone berbunyi lumba-lumba tengok siapa yang hantar message atau call, sekarang kalau bunyi biarkan je. lagi-lagi kalau tengah tidur orang call, automatiknya letak bawah bantal, message pula kalau rajin, reply kalau tak rajin berhari baru reply -.-'

dulu gosip dengan best friend tentang lelaki kacak, sekarang gosip dengan kawan tentang masa depan. wahh ini nampak sangat dah matang! ahaaa.

dulu kalau nampak lelaki kacak masing-masing terdiam, sekarang tak heran. nampak perempuan cun baru masing-masing terdiam

dulu kalau tak belajar kena marah, dapat keputusan teruk lagi la kena teruk, sekarang lantak la nak belajar ke tak tapi kalau keputusan teruk still kena marah. ahh tang keputusan tak berubah lagi

dulu kalau type message umi buat tak tahu je, sekarang kalau tengah khusyuk taip message, kat belakang umi tengah khusyuk bacaT______T. nanti dia buat muka tak bersalah pula tu. boleh gigit mak sendiri tak? ehehehehe

dulu pakai tudung bawal kalau boleh hujung tudung nak tajam sampai boleh lukakan orang, sekarang nak tumpul setumpulnya

dulu kalau kena panas peduli apa. sekarang kalau panas sikit mulut tak reti diam nak membebel sorang-sorang

ada banyak perubahan dulu dengan sekarang. yang best-best tu biarlah rahsia. tak semua kita boleh cerita dengan orang, ye dop? eheee. well, aku harap kematangan aku sesuai dengan umur aku. azam tahun 2012? ahh nanti la, tak de mood lagi nak tulis azam-mazam ni. kbye