Hi. Sehari dua ni mood aku tak baik. Habis semua orang kena marah. Lepas dah marah marah baru aku sedar dan terfikir dah kenapa pula dengan aku ni. Jangan lah cari pasal ke buat aku bengang, aku boleh bertukar jadi The Hulk kau tahu? Dengan keadaan kesihatan yang tak menentu, dengan keadaan emosi yang kusut, dengan kembalinya lelaki itu dalam mimpi aku sehari dua ni. Aku rimas. Aku terperangkap dengan perasaan yang aku sendiri bina dulu. Tolonglah, aku nak pergi jauh dari bayang dia. Aku cuma mampu berdoa agar tuhan memberikan aku kekuatan menempuh semua ini.
Tapi kenapa dia mesti muncul lagi dalam lena aku dan musnahkan semuanya? Aku kesal kerana aku tak mampu kembalikan roh ke dalam jasad aku setiap kali kau muncul dalam mimpi aku. Semuanya terlalu jelas dan nyata, tidak kabur walau sedetik. Sehinggakan aku mampu ingat semuanya semula bila aku tersedar. Kau tak pernah fikir dan pedulikan aku. Aku tahu aku kuat, aku tahu aku mampu. Aku dah tak mahu menangis lagi. Cukup lah tu. Assalamualaikum.